Seorang imam Masjid Negara, Kuala Lumpur Mohd Zuhairee Mohd Yatim, ditampar seorang warganegara asing ketika mengimamkan solat Jumaat hari ini.
Menurut maklumat polis, dalam kejadian pada rakaat pertama itu, warganegara India itu tampil menolak badan iman sebelum menamparnya dan cuba mengambil alih peranan itu.
Kejadian itu membuatkan solat Jumaat terganggu sebentar.
Menurut polis lagi, lelaki 31 tahun itu kemudian ditarik keluar oleh petugas masjid dan diserahkan kepada polis bertugas.
Dia ditangkap dan dibawa ke balai polis Tun HS Lee tidak jauh dari situ untuk tindakan lanjut.
“Siasatan juga dapati suspek nampak seperti tidak betul dan bercakap seorang diri.
“Menurut suspek semasa solat tersebut dia telah terdengar suara halus memintanya untuk menjadi imam semasa solat Jumaat tersebut berlangsung,” katanya.
Zuhairee, 39, membuat laporan polis berkaitan hal itu hari ini.
No comments:
Post a Comment