Saturday 19 December 2015

7 PERTANDINGAN YANG HARUS TERJADI DI WWE TAHUN 2016




7. RONDA ROUSEY VS. STEPHANIE MCMAHON

Kembali ke Wrestlemania 31 ... Ronda Rousey terlibat suatu segmen bersama The Rock, Triple H dan Stephanie McMahon. Saat itu, Rousey menjatuhkan Stephanie, hal ini pun menyebabkan munculnya khabar angin yang mengatakan bahawa Rousey kemungkinan akan menghadapi Stephanie di masa yang akan datang, dan 2016 adalah masa yang tepat.

Walau pertandingannya mungkin tidak akan diadakan di Wrestlemania 32, masih banyak event yang membolehkan seperti Summerslam dan Survivor Series. Rousey juga masih merupakan salah satu atlet wanita paling tangguh walau ia baru-baru ini dikalahkan oleh Holly Holmes. Dan Stephanie pun adalah heel yang berkesan.

Seperti yang kita ketahui, Stephanie adalah penceramah yang hebat, dan mungkin masa itu ia akan mengejek kekalahan Rousey terhadap Holmes dan hal tersebut pun membuat Rousey marah dan menyerang Stephanie. Mereka pun feud

6. FINN balor VS. DANIEL BRYAN

Awalnya Finn Balor bersedia segera ke main roster masa menandatangani kontrak dengan WWE, namun ternyata ia meminta kepada Triple H untuk lebih lama berada di NXT. Jadi hanya masalah waktu saja kita dapat melihat Balor melangkahkan kaki untuk pertama kali di main roster, di mana ia dapat menunjukkan kemampuan gulat yang ia kembangkan selama beberapa tahun di Jepun.

Mengenai Daniel Bryan yang sedang menderita kecederaan serius, ia ingin sekali kembali ke WWE, namun keputusan berada di tangan Vince McMahon dan pengurusan lain untuk memutuskan apa Bryan boleh kembali ke WWE atau tidak.

Jika Bryan kembali, ia harus ... harus dijadualkan untuk bertanding melawan Balor. Fikirkan saja bagaimana mereka boleh mencipta perlawanan kelas dunia, dengan kemampuan mereka yang luar biasa tersebut.

5. KEVIN OWENS VS. Brock Lesnar

Akhir-akhir di internet muncul khabar angin yang mengatakan bahawa Owens akan menghadapi Lesnar di Wrestlemania 32. Jika memang terjadi, maka Lesnar akan berada di kedudukan perlawanan midcard. Namun, pertandingan ini sudah pasti akan mengundang banyak perhatian WWE Universe, kerana kita tahu bahawa Owens punya cukup kemampuan untuk menjadi lawan Lesnar, entah di Wrestlemania atau PPV lain.

Walau Owens heel, ia disukai banyak orang, kerana mereka menghormati kemampuannya, sama seperti Lesnar saat heel.


4. JOHN CENA VS. UNDERTAKER

Pada tahun 2003 saat heel, Cena pernah menghadapai Taker dan kalah. Namun saat menjadi face pada akhir 2003 hingga sekarang, Cena dan Taker tidak pernah bertanding lagi satu lawan satu di PPV.

Para WWE Universe ingin sekali melihat Cena sekali lagi turn heel, namun WWE sepertinya tidak akan membiarkan perkara itu terjadi. Selain itu, pengambil sepertinya sebentar lagi akan bersara dari WWE, maka dari itulah ia harus bertanding sekurang-kurangnya 2-3 perlawanan besar untuk yang terakhir kalinya, dan Cena harus ada dalam salah satu pertandingan tersebut, kerana pertandingan Cena dan Taker akan menarik banyak perhatian WWE Universe dan kemungkinan besar bertampak sangat baik dengan rating.


3. Brock Lesnar VS. DANIEL BRYAN

Lesnar dan yang memakai "power move" melawan Bryan yang merupakan "high flyer" pasti akan seru untuk ditonton, di mana 'lelaki kecil' akan berusaha menakluk monster.

Jika Bryan kembali, tidak akan sukar bagi pasukan kreatif untuk membuat Bryan feud dengan Lesnar. Bryan sudah pasti akan menjadi face, dan Lesnar akan turn heel. Mereka sama-sama ahli gusti yang dihormati oleh WWE Universe, dan WWE Universe pun ingin menonton mereka bertarung walau hanya untuk sekali dalam seumur hidup.


2. STING VS. UNDERTAKER

 Sting juga sedang mengalami kecederaan yang memberi kesan sangat buruk untuk karier gulatnya. Jadi tahun depan adalah peluang terakhir WWE untuk mengadakan Sting vs. Taker, kerana siapa tahu tahun depan adalah tahun terakhir Sting dan pengambil di WWE.

Mengenai pertandingan ini, banyak WWE Universe yang bimbang bahawa pertandingan mereka akan membosankan dan jarang ada perlawanan kerana kesan dari usia mereka, namun WWE Universe akan tetap ingin melihat pertandingan mereka berdua. Yap, selama kira-kira 10 tahun ini mereka ingin melihat Sting vs. Taker

Supaya tidak membosankan, bagaimana kalau mereka bertanding dalam pertandingan Hell in a Cell saja?

1. THE ROCK VS. TRIPLE H

Sejak 1997, The Rock dan Triple H sudah cukup sering berhadapan, namun selepas 1 dekad tidak berhadapan lagi, di Wrestlemania 31, mereka berdua akhirnya berjumpa di segmen yang juga melibatkan Ronda Rousey dan Stephanie McMahon. Saat itu The Rock memukul Triple H yang akhirnya disambung oleh Rousey.

Selepas itu, muncul khabar angin yang mengatakan bahawa Triple H akan melawan The Rock di Wrestlemania 32 (andai The Rock tidak sibuk penggambaran). Ya, kerana 2016 adalah platform dan Wrestlemania 32 adalah event yang tepat untuk mereka berdua berhadapan sekali lagi.



APA KATA ANDA?

Friday 18 December 2015

SIAPA YANG AKAN ROMAN reigns HADAPI DI WRESTLEMANIA 32 ?





Dave Meltzer mengatakan bahawa John Cena atau Brock Lesnar adalah lawan yang paling masuk akal untuk Roman Reigns di Wrestlemania 32 nanti . Tetapi untuk sekarang , Dave yakin bahawa Lesnar mempunyai potensi yang lebih banyak ketimbang Cena untuk menjadi lawan Reigns .Dave juga mengatakan bahawa Dean Ambrose adalah lawan yang sesuai untuk Reigns , namun jika Ambrose turn heel . Kevin Owens pun sesuai walau terlalu awal untuk melangkah ke peranan main event . Dave bahkan mengatakan bahawa Undertaker lawan yang sesuai untuk Reigns . Namun kemungkinan besar Reigns akan di - boo kalau menghadapi Taker .

Nama lain yang Dave sebutkan adalah Triple H. Walau Cena dan Lesnar adalah lawan yang paling masuk akal untuk memperebutkan WWE World Heavyweight Champion dengan Reigns , Triple H adalah langkah yang tepat , melihat bagaimana keadaan sekarang .

Title Match Smackdown minggu depan








- The Lucha Dragons bercakap dengan Tom Phillips tentang kemenangan besar mereka ke atas New Day pada Smackdown .Mereka berkata dengan kerja keras , mereka boleh mencapai apa-apa.

- Kalisto dan Sin Cara berkata , perlawanan semula diantara wwe tag team champ New Day telah ditetapkan untuk smackdown minggu depan .



Saturday 19 September 2015

Sebenarnya Ada Cara Untuk Lihat Unfriend Anda Di Facebook

Sekiranya ada cara untuk melihat siapa yang tidak lagi mahu berkawan dengan anda, adakah anda mahu?





Sebuah app yang bernama Who Deleted Me memberi pengguna Facebook keupayaan untuk melihat apabila mereka telah di-“unfriend” di Facebook ataupun rakan mereka memadamkan akaun Facebook mereka.





Seramai 500,000 orang telah mendaftar untuk mendapatkan app tersebut, dengan 330,000 daripadanya mendapatkannya pada bulan lepas.
Walaupun app ini baru dilancarkan beberapa minggu lepas, Facebook app untuk Who Deleted Me telah wujud sejak tahun 2009. Who Deleted Me versi baru ini digunakan dengan memasangnya (install) pada pelayar internet seperti Google Chrome, Mozilla Firefox dan Opera, dan ia juga disokong oleh sistem operasi iOS dan Android.

Selain daripada isu kecil pada server disebabkan pertumbuhan pengguna secara mendadak, satu-satunya kelemahan pada aplikasi ini adalah, anda tidak dapat melihat siapa yang telah unfriend anda sebelum anda memasang aplikasi ini.
Ia boleh menjejaki rakan-rakan anda, hanya setelah anda memuat turun dan memasangnya di pelayar.
Selain itu, aplikasi ini juga membolehkan kali terakhir rakan anda log masuk ke dalam Facebook.

Dalam era super paranoid tentang ‘kehidupan’ Facebook kita, aplikasi ini sedikit sebanyak memberi ‘ketenangan’ dengan membantu memberitahu kita siapa yang tidak lagi menganggap kita sebagai sahabat dalam alam maya.

Raja Arab Saudi Umum Berikan Pampasan 1 Juta Riyal Kepada Mangsa Kren Runtuh Di Mekah






Jeddah: Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dilaporkan telah bersetuju untuk memberikan pampasan kepada semua mangsa yanng terlibat dalam nahas kren runtuh di Masjidil Haram petang Jumaat lalu.
Memetik laporan Saudi Press Agency, nilai pampasan ini dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu kepada jemaah yang meninggal, kepada jemaah yang cedera hilang keupayaan kekal dan jemaah yang hanya mengalami kecederaan yang boleh sembuh seperti biasa.
Bagi jemaah yang meningga dunia dan jemaah yang cedera hilang keupayaan kekal mereka akan dibayar sebanyak SR1 Juta(RM1.14juta) dan untuk mereka yang mengalami kecederaan yang membolehkan mereka pulih seperti biasa pula akan diberi pampasan sebanyak SR500,000 (RM57juta).
Raja Salman dikatakan berbuat demikian adalah sebagai satu bantuan kepada keluarga jemaah yang terkorban selain sebagai bantuan kepada mereka untuk menuntut hak mereka di mahkamah.
Selain itu, bagi jemaah yang meninggal dunia, dua orang waris mereka akan dijemput sebagai tetamu diraja untuk menunaikan ibadah haji untuk musim haji 1437H iaitu tahun depan.Manakala bagi jemaah yang tercedera tidak dapat menunaikan haji musim ini boleh menunaikan ibadah haji pada tahun depan juga sebagai tetamu diraja.
Kepada waris mangsa yang masih menjaga ahli keluarga mereka di hospital di Arab Saudi, mereka akan diberikan kemudahan visa lawatan di mana ia akan dilanjutkan sehingga tamat tempoh haji atau sehingga kembali ke negara asal mereka.
Raja Salman pada masa yang sama telah menamatkan serta merta perkhidmatan kontraktor terlibat iaitu Saudi Binladin Group di mana kren milik syarikat berkenaan telah tumbang mengorbankan sekurang-kurangnya 107 jemaah Jumaat lalu.”Syarikat berkenaan tidak menitik beratkan soal keselamatan semasa projek pembinaan sedang dijalankan,” kata baginda dipetik dari Saudi Press Agency

Friday 18 September 2015

Imam kena tampar ketika solat jumaat


Seorang imam Masjid Negara, Kuala Lumpur Mohd Zuhairee Mohd Yatim, ditampar seorang warganegara asing ketika mengimamkan solat Jumaat hari ini.
Menurut maklumat polis, dalam kejadian pada rakaat pertama itu, warganegara India itu tampil menolak badan iman sebelum menamparnya dan cuba mengambil alih peranan itu.
Kejadian itu membuatkan solat Jumaat terganggu sebentar.
Menurut polis lagi, lelaki 31 tahun itu kemudian ditarik keluar oleh petugas masjid dan diserahkan kepada polis bertugas.
Dia ditangkap dan dibawa ke balai polis Tun HS Lee tidak jauh dari situ untuk tindakan lanjut.
“Siasatan juga dapati suspek nampak seperti tidak betul dan bercakap seorang diri.
“Menurut suspek semasa solat tersebut dia telah terdengar suara halus memintanya untuk menjadi imam semasa solat Jumaat tersebut berlangsung,” katanya.
Zuhairee, 39, membuat laporan polis berkaitan hal itu hari ini.

Thursday 10 September 2015

Makanan Tradisional Pelbagai Kaum di Malaysia

Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan yang sungguh enak. Makanan merupakan salah satu perkara yang dapat menyatukan rakyat Malaysia menjadi 1Malaysia.



MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU


NASI LEMAK


Nasi lemak merupakan salah satu makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutamanya sebagai sarapan pagi. Nama Nasi Lemak mendapat gelaran daripada penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan khususnya merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh masyarakat melayu tradisional. Oleh itu, Nasi Lemak dikaitkan dengan penggunaan santan dalam nasi yang membuatkan rasa nasi itu berlemak. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Kini, pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu.


LEMANG




Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari Raya Aildilfitri. Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini. Lemang merupakan hidangan istimewa di Malaysia. Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.


OTAK-OTAK




Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor”. Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Otak-otak  lebih enak dimakan ketika masih panas.




MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA


KUIH BULAN





Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10 cm dalam diameter dan 4-5 sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur itik masin. Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Banyak jenis inti boleh dijumpai di kuih bulan tradisional mengikut budaya setempat. Terdapat beberapa jenis inti yang terdapat dalam kuih bulan adalah pes biji teratai, pes kacang manis dan lain-lain.


ZONG ZI





Zongzi atau biasa disebut Ba Tzang adalah makanan tradisional Cina yang terbuat dari beras ketan dan dibungkus dengan daun buluh sertu dikukus dan digantung untuk dikeringkan. Zongzi biasa disajikan pada tradisi perayaan Duanwu atau Festival Perahu Naga yang jatuh pada hari ke 5 dalam bulan ke 5 dalam kalender Lunar untuk memperingati wafatnya Qu Yuan, seorang penyair dari zaman kerajaan Chu. Menurut legenda, Qu Yuan gagal memperingati kaisar dan para pejabat istana untuk menghentikan perang saudara yang sedang terjadi kala itu. Qu Yuan lalu membuat puisi yang berisikan kesedihan dan kekhawatirannya terhadap peperangan di tanah air mereka. Setelah puisi itu selesai, ia melompat ke sungai Miluo. Orang-orang mencuba menyelamatkannya dengan melempari bungkusan-bungkusan nasi dengan maksud memberi makan para ikan agar mereka tidak memakan mayat Qu Yuan. Nah, bungkusan-bungkusan nasi itulah yang kemudian dikenal dengan nama Zongzi atau Ba Tzang. ang disambut pada hari ke 5 dalam bulan ke 5 kalender Lunar.




KUIH BAKUL






Kuih Bakul atau Nian Gao ialah makanan cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Makanan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya “Nian Gao” di mana perkataan gāo berbunyi sama dengan perkataan yang bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi” atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”. Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kontonis dari Guangdong.



MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA

MURUKKU


Murukku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepinya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.  Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai atau Urad dhal dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas menggunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. Murukku dibuat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran.


ROTI  CANAI



Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti canai sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.



TOSAI




Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum India.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya, sambar, sambal dari buah-buahan, acar India, kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Tosai diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.


Monday 7 September 2015

2 Fakta Tentang Malaysia

1. Tanah perkuburan khusus untuk haiwan peliharaan yang pertama di Malaysia



Biasanya di Malaysia, jika haiwan kesayangan kita mati, maka ia akan ditanam di kawasan rumah. Tapi tahukah anda, di Malaysia terdapat satu tanah perkuburan yang eksklusif bagi haiwan peliharaan?

Tanah Perkuburan Haiwan Peliharaan yang pertama di Malaysia terletak di Nirvana Memorial Park di Semenyih. Plot2 tanah kubur bersaiz kecil dan sederhana disediakan bagi pemilik2 haiwan2 berkenaan. Pakej plot tanah kubur disediakan untuk haiwan peliharaan seperti anjing, kucing serta haiwan lain. Setakat ini lebih 50 plot tanah kubur telah mempunyai penghuni yang rata2 mendiang spesies anjing, tetapi fasa pertama yang melibatkan 300 plot tanah kubur telahpun ditempah & terjual.

Pakej bagi satu plot tanah kubur haiwan peliharaan adalah RM4,800 termasuk dengan perkhidmatan pengebumian



.2. Serangga Terpanjang di dunia didapati di Sabah, Malaysia 



Tahukah anda, terdapat satu spesies serangga yang terpanjang di dunia hanya boleh didapati di hutan belantara di Sabah? Spesies ini hanya baru ditemui pada tahun 2008 oleh pakar pengkaji serangga, dan merupakan salah satu dari 10 spesies baru dijumpai yang terkenal.


Chan Megastick (Phobaeticus chani) adalah sejenis serangga ranting yang berukuran 567 mm / 56cm (22.3 inci), ia dinamakan bersempena Datuk Chan Chew Lun, seorang pengkaji alamsemulajadi amatur di Malaysia. Hanya 6 spesimen yang ditemui setakat ini, malah maklumat biologi spesies ini masih agak kabur. Serangga ini hidup hanya di atas kanopi rimba. 



International Institute for Species Exploration, Arizona State University & Jawatankuasa Taxonomi Antarabangsa memilih serangga ini sebagai salah 1 dari "The Top 10 New Species" pada 2008 dan BBC pula meletakkan penemuan serangga ini sebagai salah 1 dari 10 penemuan terkini dalam dokumentari Decade of Discovery pada tahun 2010!



Info tambahan, di hutan Sabah juga terdapat pokok Seraya Kuning Siput, pokok tropika tertinggi di dunia dengan ketinggian hingga 88.32 meter!










Friday 4 September 2015

Gaji Najib antara yang tertinggi di Asia


 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menduduki tangga ke 11 dalam ranking gaji tertinggi pemimpin Asia pada hari ini, lapor sebuah portal antarabangsa.

Berdasarkan sebuah kajian yang dilakukan portal Listabuzz April lalu, Najib dikatakan memperoleh pendapatan secara sebanyak 75,775.2 USD (RM284,194.89) setahun.

Ini bermakna secara purata, perdana menteri keenam ini memperoleh pendapatan sebanyak RM 22, 826.65 setiap bulan.

Ranking tersebut menyaksikan Presiden Myanmar, Thein Sein menduduki tangga terakhir dari 17 pemimpin dengan memperoleh pendapatan sebanyak 5,000 USD (RM18,716) sebulan.

Sementara itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menduduki tangga pertama memperoleh pendapatan secara bulanan  RM508,250 (RM6,099,005 setahun).

Perdana Menteri Singapura itu bukan sahaja merupakan pemimpin yang mendapat gaji tertinggi di Asia, malah tertinggi di dunia.

Via - SINAR

Thursday 3 September 2015

7 Manfaat Bermain Video Game untuk Kesihatan


DALLAS – Penelitian menunjukkan bahwa permainan yang tidak memerlukan banyak gerakan fisik dapat memiliki efek buruk bagi anak-anak ketika mereka tumbuh dewasa.

Namun, disisi lain bermain game juga banyak memberikan keuntungan, seperti dapat mengurangi stress, memperbaiki keterampilan motorik serta meningkatkan penglihatan mata Anda, dan lainnya.

Terkait itu, Okezone menginformasikan terdapat tujuh manfaat kesehatan dari bermain game, seperti dikutip theweek, Senin (11/3/2013), diantaranya:

Terapi Penyakit Kronis untuk Anak-anak
The University of Utah meneliti efek dari video game terhadap anak-anak yang didiagnosa penyakit kronis seperti autisme, depresi, dan penyakit Parkinson.

Anak-anak yang memainkan game tertentu menunjukkan tanda-tanda perbaikan dalam ketahanan dan daya juang dalam menghadapi penyakit mereka dibandingkan yang tidak bermain game.

Meningkatkan Kemampuan Motorik Anak Prasekolah (3-5 tahun)
Peneliti dari Deakin University, Melbourne, Australia, menyatakan tidak apa-apa membiarkan anak usia empat tahun bermain video game di depan televisi.

Dari 53 anak-anak balita yang diamati perkembangannya, ditemukan bahwa mereka yang memainkan “game interaktif” akan memiliki keterampilan motorik terhadap objek yang lebih baik daripada mereka yang tidak.

Mengurangi Stress dan Depresi
2009's Annual Review of Cybertherapy and Telemedicine menemukan bahwa gamers yang memiliki masalah kesehatan mental seperti stress dan depresi, dapat melampiaskan rasa frustasi mereka dengan bermain video game.

Studi ini memberikan hipotesis bahwa permainan tertentu akan memungkinkan mereka menghindari tingkat stress tertentu. Sehingga membantu mereka untuk menenangkan pikirannya.

Memberikan Efek Penghilang Rasa Sakit
Video game tidak hanya dapat mengurangi rasa sakit emosional saja, tetapi juga mereka yang menderita sakit secara fisik.

Salah seorang psikolog University of Washington mengembangkan sebuah permainan yang dapat membantu pasien rumah sakit yang menderita sakit fisik.

Meningkatkan Penglihatan Anda
Anda mungkin sering mendengar bahwa duduk telalu lama di depan TV tidak baik untuk mata. Tapi ada psikolog perkembangan Visual Development Lab of Ontario's McMaster University dr. Dephen Maurer dari menemukan hasil yang berbeda. 

Ia mengungkapkan orang yang menderita katarak dapat meningkatkan penglihatan mereka dengan bermain game tembak-tembakan seperti Medal of Honor dan Call of Duty. Permainan itu membutuhkan jumlah perhatian, pelatihan, dan adrenalin yang tinggi.

Meningkatkan Keterampilan Pengambilan Keputusan Anda
Video game paling membutuhkan reaksi cepat dalam sepersekian detik untuk mengambil keputusan yang menyangkut hidup dan mati tokoh virtualnya.

Para ahli saraf kognitif dari University of Rochester di New York menemukan fakta bahwa game dapat memberikan banyak permainan otak untuk menyimpulkan informasi.

Memberikan Kebahagian di Usia Tua
Para peneliti dari North Carolina State University meneliti hubungan antara bermain video game dengan kesejahteraan mental.

“Mereka yang senang bermain video game memiliki tingkat kebahagiaan yang lebih tinggi, sedangkan yang tidak bermain video game justru terdapat emosi negatif seperti depresi,” kata seorang peneliti di PsychCentral Rick Nauert.

Cara Kurangkan Sakit Akibat Gastrik


Punca utama gastrik bermula daripada amalan gaya hidup sejak muda. Jadi untuk elakkan terkena gastrik boleh ubah gaya hidup mulai hari ni. Kalau dah memang ada gastrik pun,cara2 kurangkan gastrik yang saya kongsikan kat bawah ni boleh bantu legakan kesakitan kalau simptom gastrik menyerang.

1. Elakkan makanan pedas dan berempah dan juga makanan yang selalu buatkan rasa sakit perut seperti makanan berminyak dan juga berlemak.
2. Makan lebih kerap pada siang hari tapi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit untuk elakkan perut rasa lapar dan pedih. Selalu sediakan biskut disisi.
3. Hentikan minum minuman beralkohol.
4. Belajar untuk mengawal tekanan dalam kehidupan dengan mengamalkan senaman, yoga ataupun dapatkan kaunseling.
5. Ambil vitamin B12, vitamin E dan vitamin C untuk menggantikan kehilangan vitamin-vitamin berkenaan semasa kesakitan akibat serangan gastrik. Soya protein ESP danOstematrix mengandungi kalsium yang bersifat alkali untuk mengurangkan keradangan perut dan sakit hulu hati akibat gastrik.
6. Boleh amalkan makan halia atau minuman halia untuk buang angin. Supplement Peppermint Ginger Plus sangat handy untuk dibawa kemana-mana dan sesuai diamalkan. Rasa pun sedap berangin tak susah nak makan atau minum sebagai bancuhan teh.
7. Amalkan minum air kelapa, licorice tea, buah-buahan segar seperti nenas dan betik yang bersifat alkali untuk meneutralkan asid perut.
8. Minum air sekurang-kurangnya 3L air sehari untuk kurangkan simptom.
9. Elakkan minuman alkohol, minuman kafein dan minuman bikarbonat.
10. Elakkan makan makanan yang mempunyai bahan pengawet seperti makanan diperap, dijeruk dan makanan masam.
11. Amalkan mengambil sarapan dan elakkan makanan berasid di waktu pagi. Elakkan makan lewat supaya asid perut tidak terkumpul.
12. Kalau perut rasa pedih dan tak tahan, boleh cari ubat anti-asid di farmasi untuk kurangkan pedih perut, angin dan dalam masa sama lindungi lapisan perut daripada tercedera akibat tindakan asid perut berlebihan.
13. Kalau gastrik selalu terjadi dan sukar dikawal, boleh dapatkan ubat gastrik yang bukan dalam kumpulan NSAIDs daripada doktor.
Sapa yang sakit gastrik tu boleh lah cuba

Monday 31 August 2015

Artis Jelita Nafi Berbogel!

Jakarta – Artis jelita Indonesia, Prilly Latuconsina membuat laporan polis selepas beberapa gambar yang didakwa dirinya dalam keadaan bogel tersebar di Internet.




Prilly datang ke ibu pejabat polis Metro Jaya untuk menyerahkan beberapa keping gambar dirinya yang diubah suai supaya kelihatan berada dalam keadaan bogel. Ketika di ibu pejabat polis berkenaan Prilly ditemani peguamnya, Muhammad Sidik Latuconsina.
Prilly yang popular dengan drama Ganteng Ganteng Srigala turut membuat laporan polis terhadap satu akuan instagram yang memfitnah dirinya.
“Instagram ini membuat fitnah dengan mendakwa saya tidak perawan lagi.
“Saya membuat pemeriksaan doktor baru-baru ini yang mengesahkan bahawa saya masih perawan,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Sidik berkata, polis mengambil keterangan Prilly susulan laporan polis yang dibuat aktres itu mengenai penyebaran gambar bogel yang didakwa dirinya pada 31 Julai lalu. – Agensi