Saturday 19 September 2015

Raja Arab Saudi Umum Berikan Pampasan 1 Juta Riyal Kepada Mangsa Kren Runtuh Di Mekah






Jeddah: Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dilaporkan telah bersetuju untuk memberikan pampasan kepada semua mangsa yanng terlibat dalam nahas kren runtuh di Masjidil Haram petang Jumaat lalu.
Memetik laporan Saudi Press Agency, nilai pampasan ini dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu kepada jemaah yang meninggal, kepada jemaah yang cedera hilang keupayaan kekal dan jemaah yang hanya mengalami kecederaan yang boleh sembuh seperti biasa.
Bagi jemaah yang meningga dunia dan jemaah yang cedera hilang keupayaan kekal mereka akan dibayar sebanyak SR1 Juta(RM1.14juta) dan untuk mereka yang mengalami kecederaan yang membolehkan mereka pulih seperti biasa pula akan diberi pampasan sebanyak SR500,000 (RM57juta).
Raja Salman dikatakan berbuat demikian adalah sebagai satu bantuan kepada keluarga jemaah yang terkorban selain sebagai bantuan kepada mereka untuk menuntut hak mereka di mahkamah.
Selain itu, bagi jemaah yang meninggal dunia, dua orang waris mereka akan dijemput sebagai tetamu diraja untuk menunaikan ibadah haji untuk musim haji 1437H iaitu tahun depan.Manakala bagi jemaah yang tercedera tidak dapat menunaikan haji musim ini boleh menunaikan ibadah haji pada tahun depan juga sebagai tetamu diraja.
Kepada waris mangsa yang masih menjaga ahli keluarga mereka di hospital di Arab Saudi, mereka akan diberikan kemudahan visa lawatan di mana ia akan dilanjutkan sehingga tamat tempoh haji atau sehingga kembali ke negara asal mereka.
Raja Salman pada masa yang sama telah menamatkan serta merta perkhidmatan kontraktor terlibat iaitu Saudi Binladin Group di mana kren milik syarikat berkenaan telah tumbang mengorbankan sekurang-kurangnya 107 jemaah Jumaat lalu.”Syarikat berkenaan tidak menitik beratkan soal keselamatan semasa projek pembinaan sedang dijalankan,” kata baginda dipetik dari Saudi Press Agency

No comments:

Post a Comment